Yamaha YZF-R1


Untuk motor pertama yang banyak terdapat di Mudah, aku sembahkan Yamaha YZF-R1

YAMAHA YZF-R1 (Org itu bukan Aku)

Harga - Kalau di US sana tu harganya di antara USD14K - 14.5K. Kalau nak pakai matawang Malaysia lebih kurang RM44.1K - 45.7K. Harga di UK pula £12K, lebih kurang RM58.7K. Eh, harga di US lagi murahlah. Bolehlah aku tangkap sebiji bila pergi sana nanti. Harga di Mudah bermula dari RM73K. Kalau aku mula simpan RM2000 sebulan, lagi 3 tahun dapatlah aku beli motor ni 'second hand'. Bulan-bulan aku telan maggie. Tarak hal, orang kata ulat dalam batu pun boleh hidup. Ye tak?

Apa lebihnya Yamaha YZF-R1 2012 ni? 
  • 998cc, liquid-cooled, in-line 4-cylinder, 4-valve 
  • Crossplane crankshaft delivers linear torque 
  • 6-mode Traction Control System (TCS) 
  • YCC-I (Yamaha Chip Controlled Intake) 
  • YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) 
  • 3-mode Variable Map Function 
  • Forced air intake 
  • Slipper clutch 
  • Short-wheelbase aluminium Deltabox chassis 
  • Idealised balance of chassis rigidity 
  • Low-drag front cowl with LED headlights 
  • Multi-function instrumentation 
(Apakah makna maklumat di atas?, nantilah aku ceritakan lepas bertanya kepada Professor Google)

Ada satu bahagian yang aku tak berapa berkenan dekat motor ni, tang ekzos dia tu. Dia pergi letak dekat dengan punggung pembonceng belakang. Kang tak pasal-pasal pulak punggung isteri aku berasap. Mesti dia tak setuju bila aku tanya pendapat dia masa nak beli motor ni karang.

Ekzos kat punggung ni yang tak syok ni

Agak-agak kalau Yamaha nak suruh aku buat reviu pasal motor ni aku 'on' je. Lepas aku ambil lesen motor besar la. So Yamaha kena bagitahu aku awal-awal supaya aku boleh siap sedia. Baju semua dah siap dah.

Baju buat motong rumput yo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...