Motor besar yang banyak di Mudah

gambar diambil dr - http://forums.vwvortex.com/showthread.php?4108887-1-18-Motorcycle

Salam.
Aku sekarang ni tengah angau dengan penyakit nak beli motor besar. Bagi menyembuhkan penyakit aku ni, aku rasa ubatnya adalah tak lain dan tak bukan adalah dengan membeli motor besar. Hehehe. Masalah dengan motor besar ni adalah:
  1. Harganya mahal - biasanya aku ni selalu kekurangan matawang Malaysia, sebab itulah aku rasa motor ni mahal. Kalau aku selalu berlebihan matawang Malaysia, takdelah aku nak bising - bising dalam blog ni.
  2. Kos selanggara - motor besar-besar ni biasalah nak selanggara dia memanglah mahal. Berbanding dengan motor kapcai atau moped, jauh ibarat langit dan bumi.
  3. 'Apparel' - kalau dah beli motor besar ni, tak mainlah pakai baju hujan nak buat membalut tubuh. Kenalah beli set alatan lengkap dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Ala 'ATGATT'. Makan riban-riban jugaklah
  4. 'Accessories' - Motor besar ni banyak accessories die. Dari lampu depan sampailah ke ekzos belakang. Tu tak masuk lagi cat atau stiker. Stiker kat tanki minyak tu je dah makan ratus.
Habis tu macam mana nak beli 'ubat' ni. Dengan selalu kekurangan matawang Malaysia tapi dalam hati ada cita-cita menggunung tinggi, seperti biasa aku akan tuju ke laman Mudah.my. Biasanya di sana terdapat banyak motor besar 'second hand' yang orang nak jual. Dengan meninjau-ninjau motor di sana, dapatlah aku menyelesaikan masalah-masalah yang di atas.
  1. Harganya sudah tak mahal lagi, ialah dah jadi barang 'second hand'. Busuk-busuk pun boleh turun 20% dari harga kedai. Tu tak pakai runding lagi tu, mesti turun harga lagilah. Dah jadi adat, mana ada runding jadi lagi mahal. Lainlah kalau 'PELARASAN', tak pernah turunnya harga, makin lagi naik adalah.
  2. Kos selanggara - kalau beli motor yang mahal macam BMW ke, Cagiva ke, Ducati ke memanglah jarang orang beli. Oleh sebab itu kos nak menjaga dia pun mahal. Cubalah ambil Yamaha ke, Honda ke, Kawasaki ke, ramai orang yang dah pakai, yang dah jadi 'mainstream'. Oleh sebab itu kos penyelenggaraan dia agak murah berbanding motor yang 'rare'.
  3. Adatlah barang terpakai ni, harganya pun mestilah murah. Kalau jaket Alpinestars tu harga RM500, harga terpakai mestilah dah jadi lebih murah dari tu. Kat Mudah ni kena pandai cari. Kalau-kalau ada orang yang nak bersara ke, apa ke. Kenalah bijak mencari sikit. Kalau tak bijak, apa-apapun mahal.
Oleh sebab aku ni kekurangan matawang Malaysia tapi berlebihan masa (sangat tipikal). Aku pun mencari informasi yang terdapat di dalam Mudah. Setakat penyelidikan aku, terdapat beberapa jenis motorsikal besar yang agak ramai orang hendak menjualnya. Di antaranya ialah

  1. Yamaha YZF-R1
  2. Honda CBR 600RR
  3. Honda CBR 1000RR
  4. Kawasaki ER-6N
  5. Kawasaki ZX-10R
  6. Kawasaki Z750
  7. Kawasaki Z1000
  8. Kawasaki GTR 1400
Oleh sebab itu aku akan mula mencari maklumat-maklumat mengenai motor ini dan akan cuba muatnaik ke dalam blog aku.

Ini akan merupakan pandangan peribadi aku sahaja. Pandangan peribadi pembaca-pembaca juga amatlah di alu-alukan.

5 comments:

  1. salam. saya juga adalah lelaki yang memiliki tubuh yg tidak besar.. berat hanya 50kg.. tetapi mempunyai cita cita memiliki motor besar.. dan kini telah hampir lima tahun saya menjadi pemilik motorsikal berkuasa tinggi...cuma dari kelas yang berbeza....

    ReplyDelete
  2. saya juga..berat hanya 48 - 50kg, tapi minat punye pasal, saya telah berkecimpung dalam arena motor besar bermula 2007 hingga sekarang. cer bace 'cerita pasai motor' yg saya tulis

    ReplyDelete
  3. size tiada menjadi masalah..kekuatan dalaman penting...berat 50 - 50 maintain bro, tinggi x seberapa.saya dah main big bike from 2003 till now - 10 year ...dah cecah 1KC thousand corner - border burma and loas..6000km pergi balik..dah nak let go R1 saya..dah otai rasanya nak main superbikes..minat..whatapss..012-6276295

    ReplyDelete
  4. motor besar memang bagus
    tapi sesuaikan dengan fashion yang dipakai
    beli sepatu dan jaket yang cocok di www.lakishop.com

    ReplyDelete
  5. saya ade jaket alpinestars size xl..nx jual sbb xpkai da..pkai taichi da skng..nx jual murah2.. rm200..no.01112290930 thx guys..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...